Tuesday, November 23, 2010

PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Kegunaan angkup vernier terutamanya jenis digital amat penting dalam pembuatan jigs and fixtures. Ia merupakan salah satu komponen latihan yang perlu diketahui oleh pelatih teknologi mekatronik tahap 3.


Contoh-contoh gambar jigs and fixtures.









VIDEO CARA MEMBACA ANGKUP VERNIER

CARA MEMBACA SENGGATAN SKALA VERNIER

LANGKAH-LANGKAH BACAAN
  1. Pastikan bahawa caliper, ketika tertutup sepenuhnya, membaca sifar. Jika hal ini tidak berlaku, anda akan perlu menyesuaikan rahang caliper anda. Jika masih tetap tidak memberikan pembacaan sifar, anda perlu ingat untuk membuat penambahan atau pengurangan dari membaca akhir anda untuk mengimbangi perbezaan tersebut.
  2. Siapkan bahan yang akan diukur. Letakkan dalam rahang angkup tersebut dan sesuaikan rahang sehingga menutup rapat. Jika anda mengukur benda silinder, pastikan bahawa anda mengukur diameter penuh.
  3. Pastikan unit bacaan pada rahang tetap angkup vernier.
  4. Bacaan skala vernier pula bergantung kepada kejituan yang tertera pada angkup. Angkup vernier mempunyai 3 ciri kejituan iaitu skala 1/10, skala 1/20 dan skala 1/50.Bacaan skala ini terdapat pada bahagian bawah vernier yang tertera kejituan sama ada 0.10 mm, 0.05mm atau 0.02 mm. Pastikan kejituan skala vernier sebelum membuat bacaan terakhit.Contoh mengambil bacaan pada angkup vernier adalah seperti rajah dibawah. 






CARA MEMBACA ANGKUP VERNIER (Kejituan 0.05mm)


Bacaan pada skala tetap adalah dalam lingkungan +10 mm.


Penambahan 6mm sebelum senggatan 0 pada skala vernier.


Senggatan ke 5 pada skala vernier adalah selari dengan skala tetap.
Maka, cara bacaan adalah 5 x 0.05mm iaitu 0.25mm.


Maka, bacaan diperolehi adalah :
10 mm + 6mm + 0.25mm = 16.25mm.

Bacaan yang tepat dan betul dengan menggunakan angkup vernier amat penting. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan angkup digital, bacaan tepat boleh diperolehi terus.


KEJITUAN ANGKUP VERNIER




ANGKUP VERNIER





ANGKUP VERNIER

Angkup vernier boleh memberikan bacaan tepat dengan tiga skala kejituan iaitu 0.10mm, 0.05mm dan 0.02 mm. Angkup ini terdiri daripada bacaan skala tetap dan skala vernier. Jarak antara skala vernier ini yang memberi bacaan kejituan yang berbeza mengikut skala senggatan Terdapat pelbagai jenis pengeluar angkup vernier dalam pasaran dimana bahagian utama adalah sama tetapi masih mempunyai fungsi dan kegunaan yang sama. 


Angkup Vernier






Alat pengukuran ini amat penting terutamanya dalam pembuatan jigs and fixtures dimana ketepatan pemesinan amat jitu.
  

BAHAGIAN UTAMA ANGKUP VERNIER



KEGUNAAN ANGKUP VERNIER


ALAT PENGUKURAN

PENGENALAN 

Angkup (caliper) adalah alat ukur yang memberikan pengukuran yang lebih tepat daripada pembaris atau pita pengukur.  Angkup biasa digunakan dalam industri yang terlibat dalam kerja logam, pemesinan, kerja kayu, perubatan dan sebagainya. Ia dapat memberikan bacaan yang tepat sehingga 0.01 mm. 

Dalam bidang pembelajaran dan latihan, pengetahuan menggunakan angkup dengan betul amat penting. Pengetahuan ini bukan sahaja diperlukan semasa menjalani latihan tetapi juga amat bermanfaat dalam bidang pekerjaan kejuruteraan mekanikal dan juga teknikal.

   
JENIS-JENIS ANGKUP

Terdapat pelbagai jenis angkup bergantung kepada keperluan pengukuran seperti :

Angkup Dalam (Inside Calliper) 

Angkup Luar (Outside Calliper)

Angkup Pembahagi (Divider Calliper)

Angkup Kaki Ganjil (Oddleg Calliper) 

Angkup Dail (Dial Calliper)

Angkup Digital (Digital Vernier)

 
Angkup Vernier (Vernier Calliper)


Micrometer

Berbanding alat-alat pengukuran yang lain, angkup vernier dan angkup digital paling banyak digunakan dalam makmal, bengkel, industri dan sebagainya.

Tuesday, November 9, 2010

Jalur Gemilang

Tree


Money

Money! Money! Money!

Read the colour

Peace

Peace No War

The World without Engineers

the world without aeronautical engineers

the world without civil engineers

the world without electronics engineers

the world without communications engineers

the world without computer engineers

the world without mechanical engineers

the world without electrical engineers



Monday, November 8, 2010

Activity

Hari ni belajar ;-

Suntingan video.
- Terbit video.
- Tambah audio.
- Sambung 2-3 video.
- Tambah transisi video.

Bina Blog
- Daftar blog.
- Buat/pilih blog template.
- Tukar warna/tulisan.
- Tambah gambar.
- Tambah video.

Kelas Blog

Program : VTO Pemantapan Siri 2/2010
Subjek  :  Kelas Blog
Pengajar :  En Iskandar Kamaruddin
Tarikh : 9 & 10 November 2010