Tuesday, November 23, 2010

ALAT PENGUKURAN

PENGENALAN 

Angkup (caliper) adalah alat ukur yang memberikan pengukuran yang lebih tepat daripada pembaris atau pita pengukur.  Angkup biasa digunakan dalam industri yang terlibat dalam kerja logam, pemesinan, kerja kayu, perubatan dan sebagainya. Ia dapat memberikan bacaan yang tepat sehingga 0.01 mm. 

Dalam bidang pembelajaran dan latihan, pengetahuan menggunakan angkup dengan betul amat penting. Pengetahuan ini bukan sahaja diperlukan semasa menjalani latihan tetapi juga amat bermanfaat dalam bidang pekerjaan kejuruteraan mekanikal dan juga teknikal.

   
JENIS-JENIS ANGKUP

Terdapat pelbagai jenis angkup bergantung kepada keperluan pengukuran seperti :

Angkup Dalam (Inside Calliper) 

Angkup Luar (Outside Calliper)

Angkup Pembahagi (Divider Calliper)

Angkup Kaki Ganjil (Oddleg Calliper) 

Angkup Dail (Dial Calliper)

Angkup Digital (Digital Vernier)

 
Angkup Vernier (Vernier Calliper)


Micrometer

Berbanding alat-alat pengukuran yang lain, angkup vernier dan angkup digital paling banyak digunakan dalam makmal, bengkel, industri dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment